Ongoing

Tabung Kanser : Nor Azlan

Health Accessibility Campaign

Disangka Hanya Sakit Pinggang Biasa, Ternyata Ada Penyakit Lain Yang 'Hinggap'

Sering Sakit Rupanya Doktor Kata Saya Ada Kanser Darah

 

Tulang Mula Mereput, Saya Hanya Berharap Pada Ubat Kanser

Seorang lelaki berusia 59 tahun tidak menyangka kesihatannya yang terganggu sejak tahun 2018 yang lalu rupanya petanda dia menghidap kanser darah

“Pada awalnya, saya memang ingat saya hanya sakit pinggang biasa. Tak pernah terlintas akan ada penyakit yang serius,” kata Encik Nor Azlan.

Pada awal 2019, Encik Nor Azlan dimasukkan ke wad untuk dioperasi bahagian pinggang di Hospital Taiping. 

“Doktor datang kepada saya dan beritahu saya ada kanser darah. Rawatan yang disarankan adalah pembedahan di pinggang,” jelas Azlan.

Namun, pembedahan tersebut tidak dapat dilakukan kerana tulang Azlan sudah mula mereput kerana bimbangkan kemungkinan komplikasi. 

 

“Setiap bulan, saya perlu ke hospital untuk ambil darah dan ubat kanser akan diberi seminggu sekali. Saya juga perlu jalani kemoterapi,” tambahnya. 

“Keutamaan Saya Nak Dia Sihat”

Menurut isteri Nor Azlan, Rohani Abd Rani, 50 berkata, mereka mendapat bantuan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan. 

Namun, bantuan itu tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan tiga orang anaknya. Tambahan, salah seorang daripadanya masih bersekolah. 

Sementara itu, isteri Azlan, Rohani Abd Rani, 50, berkata, dia dan suami memerlukan RM6,500 bagi menampung kos rawatan.

“Keutamaan saya memang nak dia sihat saja,” sayu isterinya.

 

Jom Kongsi Rezeki!

 

Encik Nor Azlan mengakui dirinya tidak mampu untuk membayar kos rawatan sebanyak RM6,500 dan berharap ada insan prihatin membantu meringankan beban keluarganya. 

Ayuh berikan peluang dan nafas baharu buat mereka yang memerlukan di luar sana. 

Kongsi sebahagian daripada nikmat rezeki anda bersama mereka!

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)