Ongoing

Tabung Kanser Nurashikin

Health Accessibility Campaign

“ Saya dah guna semua simpanan untuk anak saya, juga tebalkan muka pinjam dengan sedara mara pun telah saya buat. Kalau perlu jual rumah ni sekalipun, saya akan buat. Yang penting semua rawatan segera tu anak saya boleh dapatkan dan tak perlu tunggu dah sakit teruk ”

Itulah luahan seorang ayah, kasih seorang ayah itu tak ternilai harganya, pengorbanan yang tiada henti selagi ada kudrat. Apatah lagi setelah anaknya Nurashikin di diagnos luekimia, segalanya berubah. Pada awal bulan 9, tahun lepas keadaan kesihatan Nurashikin merundum selepas mengalami migrain teruk, muntah-muntah serta ulser yang teruk dalam mulut. Setelah mendapatkan rawatan di klinik biasa juga masih tidak baik. Akhirnya Nurashikin bertindak membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital, selepas melakukan ujian darah, doktor mengesahkan kandungan darah putih terlampau tinggi dan didiagnos sebagai leukimia.

Pada 24/9/2021, Nurshikin rujuk ke wad hematology dan Pada 24/9/2021, Nurashikin dikehandaki menjalani pembedahan kecil untuk memasang kimoport (Chemo Port) bagi memulakan kemoterapi. Selepas lebih sebulan berada di hospital dan menjalani kemoterapi, dia dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan untuk tidak berjumpa sesiapa bagi mengurangkan sebab risiko jankitan yang tinggi. Kemudian Nurashikin menjalani kemoterapi yang kedua dalam sebulan ini kerana kemoterapi pertama gagal dan sel darah putih bermutasi.

Pada 6/12/201 pemeriksaan darah terus dijalankan dan sel darah putih kembali normal dan sedikit stabil.

Nurashikin membeli ubat midostrin (bernilai 24k) perlu dimakan selama dua minggu. Kemudian pada 12/1/2022

Nurashikin perlu menjalani pemeriksaan sum-sum tulang. Pada 29/01/22, keputusan pemeriksaan keluar dan menunjukkan sel darah putih kembali normal. Tetapi pesakit masih perlu meneruskan rawatan kemoterapi sehingga habis cycle.

Setiap rawatan menelan jumlah yang tinggi antaranya kos selepas menjalani kemoterapi, Nurashikin perlu mengambil ubat jenis Midostrin yang bernilai 24 ribu, kemudian menjalani ujian pemeriksaan tulang sum-sum dimana setiap satu ujian menelan kos RM 1200, dan menjalani satu sesi kemoterapi menelan kos sebanyak RM 200 dan Nuraskin perlu menjalani 17 kali sesi kemoterapi. Kos perubatan keseluruhan menelan lebih 100k.

Bantu lah Nurashikin……..

Berikan Nurashikin harapan demi memperjuangkan kehidupan…

Pasti doa dan kata-kata yang baik membantu tetapi mari kita meletakkan kepercayaan itu ke dalam tindakan untuk membantu.

YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM ( MYFUNDACTION ) 
MAYBANK ISLAMIC 
550510970419
REFERENCES: Nurashikin

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)