Ongoing

Tabung Kanser: Ketumbuhan Limfoma Sebesar Penumbuk

Health Accessibility Campaign

Bantu Shukry kembali jalani kehidupan normal

BADAN JADI LETIH, KERAP MUNTAH, DAN BERAT BADAN TURUN

 

Pada Mei 2021 menjadi detik pilu bagi Shukry Nafie apabila doktor mengesan kanser limfoma tahap 2 selepas dia mengadu kerap muntah, berat badan turun dan ada benjolan di paha.

“Ada ketikanya, saya muntah-muntah dari tengah malam hingga awal pagi. Telan makanan pun, terasa pahit saja.”

Itu penangan penyakit kanser limfoma yang dideritainya. Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang tahun lalu, doktor menyarankan rawatan susulan seperti rawatan radioterapi 20 kali dan kemoterapi tiga kali.

Kos sebanyak RM3,090 mungkin terlihat kecil bagi mereka yang mampu namun bagi Shukry yang ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, nilai sebesar itu tak dapat dikumpul dalam masa terdekat ini.

Jika rawatan yang disarankan doktor diabaikan, akan ada bahana menunggu!

 

HADIAHKAN SUASANA LEBARAN BUAT SHUKRY KEMBALI SEMBUH

Tak mudah sebenarnya untuk melawan ketumbuhan sel-sel tisu jahat ini. Datangnya penyakit ini ibarat ribut, tahu-tahu saja sudah menyerang. Untuk tubuh badan menanggung rawatan susulan yang disarankan tidak semudah memetik jari!

“Jujur saya cemburu bila tengok orang lain girang gembira boleh sambut kemeriahan Aidilfitri. Tapi saya tak boleh sebab saya sakit.”

Tambahnya lagi, jujur dia katakan sebenarnya dia takut dengan jenis kanser darah ini. Namun, dia menerima ujian daripada Allah ini dengan hati yang terbuka.

 

Hadiahkan suasana lebaran istimewa buat Shukry dengan berkongsi nikmat rezeki anda!

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

 

Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : Maybank

Nama : Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart)

No akaun : 562142423145

Reference : Shukry

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)