Ongoing

Kongsi Rezeki Ramadan

Economic Empowerment Campaign

Ramadan Karim, Istiqamahkan Diri Dengan Berkongsi Rezeki Buat Yang Memerlukan

Rezeki Dikongsi, Ganjaran Berganda

 

Kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini membuka pintu kesempatan buat kita untuk meningkatkan amal jariah kita. Semestinya amal kebajikan yang kita lakukan pasti akan dilipat gandakan ganjarannya oleh Allah S.W.T.

Sesungguhnya disebalik rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita, ada juga terselit rezeki orang lain. Ayuh bersama-sama kita berikan nafas baru dan peluang untuk mereka teruskan hidup.

 

Hidupkan sinar Ramadhan buat golongan-golongan asnaf

 

Pelbagai cerita dan situasi yang telah kami lalui semasa pengagihan dilakukan. Ada yang hilang pekerjaan, tiada susu untuk anak-anak, tiada wang untuk membeli makanan dan macam-macam lagi.

Ditambah pula dengan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, sudah tentu mereka ingin menyambutnya dengan hati yang gembira tanpa perlu memikirkan akan beban yang terpaksa ditanggung.

Dikala orang lain yang lebih senang dapat berbuka puasa di restoran-restoran, menikmati juadah yang enak serta berkunjung ke bazar Ramadhan untuk membeli makanan yang disukai, golongan-golongan asnaf ini hanya mampu memikirkan bagaimana cara untuk mengisi perut mereka dan keluarga pada hari itu.

 

Keperluan barangan dan makanan asas buat mereka yang memerlukan

 

 

 

InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantu mereka ini, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya”.

 

 

 PERHATIAN! 

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran melalui Billplz, anda boleh berkongsi rezeki secara manual melalui nombor akaun di bawah :

MAYBANK
550510970023
YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM (MyFundAction)

? Rujukan: Rezeki Ummat

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Special Iftar for Ummah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)