Sekiranya anda layak untuk membayar zakat, jangan lupa untuk jalankan tanggungjawab dan bayar zakat anda setiap tahun.
Firman Allah S.W.T:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)”
[Al-Baqarah (2): 267]Fahami Zakat Pendapatan
Zakat pendapatan ialah zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli).
Secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.
Gaji |
Elaun |
Bonus |
Komisen |
Jualan |
Royalti |
Lain-lain pendapatan seperti hasil ternakan, pertanian atau sewa rumah. |
Ya, apabila cukup 3 perkara, iaitu islam, haul dan nisab, maka dia wajib mengeluarkan zakat.
Sumber : Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib R.A, Nabi SAW bersabda:
وَلَيْسَ فِي مَالٍ زَكَاةٌ حَتَّى يَحُولَ عَلَيْهِ الْحَوْلُ
Maksudnya: “Tidak wajib zakat harta sehingga berlalu waktu setahun”
Riwayat Abu Daud & Ibn Majah
MyFundAction merupakan ejen zakat berdaftar dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Berikut di bawah merupakan cara anda boleh membayar zakat bersama MyFundAction.
Mudah kan? Jadi, jom sucikan harta anda dengan tunaikan zakat pendapatan!
Semoga kita menjadi golongan pembayar zakat agar diberkati Allah rezeki dan kehidupan kita di samping kita mendapat mardhatillah. Amin.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.