Ongoing

Ongoing

"Impian kami inginkan air yang bersih"

Economic Empowerment Campaign

 

‘Kata orang, tak ada makanan tak apa, jangan tak ada air…’ Betapa pentingnya air dalam kehidupan kita, lagi-lagi sumber air yang bersih.

Yang paling utama untuk minum tetapi untuk kegunaan harian lain seperti mandi, membasuh pakaian, atau urusan keagamaan juga penting.

Kita di bandar ini, mungkin mudah untuk dapatkan bekalan air bersih. Bagi mereka yang hidup di kawasan luar bandar macam mana? masalah tiada air bersih itu dah menjadi perkara biasa yang perlu dihadapi.

Penduduk kampung terpaksa mendaki bukit yang tinggi, ataupun berjalan berkilometer jauhnya semata-mata untuk mendapatkan bekalan air yang kadangkala keruh dan berkelodak sekiranya hujan.

 

 

“Apa yang boleh kita lakukan?”

 

Kami tahu krisis air ini bukan satu perkara yang kecil. Jadi, MyFundAction telah mengambil inisiatif dengan melancarkan projek Wakaf Air Bersih sejak tahun 2020 lagi.

Projek ini dapat berkembang setiap hari berkat bantuan ramai pihak yang berjiwa baik.

Kami percaya bahawa satu hari nanti setiap orang dapat menikmati air yang bersih tidak kira di dalam mahupun luar bandar dan tak perlu bersusah payah lagi.

Sebanyak 3,501 penduduk daripada 15 buah kampung tiada bekalan air bersih. Dalam tempoh 3 tahun, kami mempunyai misi untuk mengubah semua itu demi kepentingan masyarakat setempat.

 

 

Projek Wakaf Air Bersih Perak

 

Kg. Sungai Rengat, Kg. Chiong. Kg Palas, Kg. Tanjung Kasau adalah antara kampung yang giat kami jalankan projek ini dengan kapasiti penduduk seramai 1,000 orang.

Alhamdulillah, semua projek berjalan lancar dan masih lagi aktif. Tambahan pula, setiap projek yang dijalankan adalah bergantung kepada masalah dan keadaan sesuatu kampung.

Tanpa sokongan orang ramai dan penduduk setempat, tak mungkin kami mampu melakukannya.

Jadi, teruskan berwakaf bersama kami dan semoga kita dapat menjayakan projek wakaf air bersih di Perak ini. Setitis air bersih buat mereka dapat memberi sejuta makna yang tidak ternilai. 

 

 

 

NAK BANTU? JOM WAKAF PROJEK AIR BERSIH BUAT MEREKA SEKARANG!

 

Dengan itu, kami mengalu-alukan niat baik tuan/puan untuk mengambil bahagian wakaf untuk projek air bersih ini.

Semoga setiap ringgit yang disalurkan dibalas dalam bentuk ganjaran yang besar di dunia & akhirat.

Tuan/Puan boleh pilih pakej seperti yang tertera untuk terus berwakaf, atau:

✅ Wakaf Projek Air Bersih 1 Penama – RM300

✅ Wakaf Projek Air Bersih – RM100

✅ Wakaf Projek Air Bersih – RM50

✅ Wakaf Projek Air Bersih – RM30

 

PERHATIAN!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran melalui Billplz, anda boleh berkongsi rezeki secara manual melalui nombor akaun di bawah :

MAYBANK
558293626427
YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM (MyFundAction)

? Rujukan: Wakaf Projek Air Bersih

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Air Perak Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)