MyFundAction

10 TAHUN SUJUD BERLANTAIKAN BUMI, AKHIRNYA MASJID BARU HAMPIR SIAP.

 

Setelah masjid-masjid di bom, yang ada hanyalah khemah kecil ihsan sesama mereka untuk mewujudkan sebuah ‘masjid’ di kem pelarian tempat mereka berteduh.

 

Di situlah tempat untuk solat berjemaah secara bergilir-gilir, di situlah juga tempat anak-anak menghafal Quran.

 

Lihatlah dalam keadaan yang sangat dhaif, Al-Quran tetap menjadi pendidikan utama buat mereka walaupun belajar di tempat yang tidak kondusif.

 

Bila musim panas, dahi kami akan berbekas kerana sujud di atas lantai yang tidak rata, berbatu-batu. Waktu musim sejuk pula, lebih susah lagi. Keadaan lecak dan kotor.

– Brother Omar, Idlib

 

Keadaan khemah ketika musim sejuk tiba. Tanah lembik dan berlecak.

 

Masjid baru dari rakyat Malaysia buat saudara di Syria

 

Justeru, MyFundAction ingin mengajak Tuan/Puan untuk sama-sama kita wakafkan sebuah masjid buat kegunaan saudara kita di sana.

 

80% pembangunan masjid telah siap

 

Jika masjid ini siap nanti.. 

  • Tiada lagi solat di khemah yang sempit.
  • Tiada lagi solat berlantaikan tanah lembik dan kotor ketika musim sejuk/ hujan.
  • Tiada lagi dahi yang luka bersujud di atas tanah kering yang berbatu-batu.
  • Tiada lagi Hari Raya yang sunyi tanpa solat raya berjemaah.

Yang ada hanyalah..

  • Kemeriahan masjid dengan laungan azan dan kelas-kelas agama
  • Kelas-kelas hafalan Quran untuk melahirkan mujahidin mujahidah yang kuat untuk memenangkan Islam
  • Penyatuan ukhwah sesama saudara Islam
  • Kedekatan saudara kita dengan rumah Allah 

 

Bayangkan betapa besarnya pahala buat anda yang menyokong dan mewakafkan harta bagi projek ini. 

 

  1. Pahala membina rumah Allah: ”Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga seumpamanya.” (Hadith riwayat Muslim)
  2. Pahala menganjurkan orang beribadah: “Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan pahala mereka itu sedikit pun..” (Hadith riwayat Muslim)
  3. Pahala memudahkan urusan saudara lain: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat…” (Hadith riwayat Muslim)

 

Segerakan pembinaan Masjid AnNur 

 

Tinggal sedikit lagi dana yang perlu dicukupkan. Ayuh segerakan pembinaan Masjid AnNur di Idlib, Syria agar lebih ramai saudara kita mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam keadaan yang selesa.  

 

Wakafkan 1 lot atas diri sendiri atau atas nama orang-orang tersayang serendah RM30.

 

 

 

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Masjid Syria Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)