Ongoing

Wakaf Quran Afrika

Uplifting Education Campaign

Setiap ayat-ayat yang dibaca, pasti ada pahala buat pewakaf

TRIVIA MENGENAI PENDIDIKAN DI AFRIKA

Lihatlah kondisi pembelajaran anak-anak di Afrika. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan keadaan di Malaysia. Namun, apa yang sangat menjentik hati apabila melihat keikhlasan dan kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka berjihad dengan fasiliti sekolah yang serba daif.

Lihatlah kondisi pembelajaran anak-anak di Afrika.

JIHAD MEREKA DALAM MENGHAFAL QURAN

Di Malaysia, nak dapatkan Al-Quran sangat mudah. Hingga ada Quran yang tidak digunakan dan tidak dibaca. Ini keadaan yang kami lihat dan saksikan di beberapa madrasah di Afrika.

Ini keadaan yang kami lihat dan saksikan di beberapa madrasah di Afrika.

Ada yang terpaksa mencerai-ceraikan Al-Quran menjadi helaian kerana tidak cukup Quran. Apabila seorang pelajar selesai menghafal helaian tersebut, akan bertukar helaian Quran dengan pelajar lain yang telah selesai.

Wakaf Quran Afrika

Ada juga yang mencatat kalimah suci Quran diatas papan kayu sambil menghafaz surah tersebut agar lebih kuat ingatannya. Namun, bagaimana pula untuk mereka membaca Al-Quran secara harian? Oleh itu, MyFundAction mensasarkan untuk menjayakan projek pendidikan di Afrika dengan Program Wakaf Al-Quran.

MUDAHNYA WAKAFKAN QURAN BARU BUAT MEREKA

MyFundAction berbesar hati ingin mengajak anda untuk bersama dalam projek ini. Anda bukan sekadar mendapat pahala wakaf yang berpanjangan mudah-mudahan kami ingin melahirkan generasi Al-Quran yang profesional berkat keikutsertaan anda.

Wakaf Quran Afrika

 

SIAPAKAH PENERIMA WAKAF AL-QURAN?

MyFundAction akan mengedarkan sebanyak 3,400 Al Quran setiap bulan, insya Allah ke 7 buah negara di Afrika dan kami mensasarkan dan mengutamakan edaran di kawasan madrasah yang daif dan di kawasan pedalaman.

Edaran

 

HADIAHKAN PAHALA WAKAF BUAT IBU BAPA & KENALAN KITA

Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:

  • Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
  • Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita
  • Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan

 

Antara pakej yang disediakan :

PAKEJ WAKAF A (10 Nama) = RM500
PAKEJ WAKAF B (5 Nama) = RM250
PAKEJ WAKAF C (3 Nama) = RM150
PAKEJ WAKAF D (1 Nama) = RM50

 


 

NOTA PENTING: AKAD WAKAF

Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan naskah Quran buat saudara Muslim di Afrika yang dikelola oleh MyFundAction”

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Waqf Al-Quran of Africa Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)