Ongoing

Wakaf Quran Afrika

Uplifting Education Campaign

Anak Afrika Berebut Untuk Dapatkan Al-Quran 

 

Hai Assalamualaikum , awak apa khabar? Diam, diam rupanya kita dah masuk dalam fasa 10 malam terakhir Ramadan terakhir untuk tahun ini. Macam sekejap je kan?

 

 

Alhamdulillah, seronok betul Ramadan kali ini berbanding tahun 2020 & 2021 dulu. Kita dah boleh terawih sama-sama, makan sama-sama, gelak sama-sama & insyaAllah balik beraya bersama keluarga.

 

 

Dalam 10 Ramadan terakhir ni, ada hari yang sangat special yang saya yakin awak pun tahu. Malam lailatulqadar.

 

 

Dalam surah al-Qadr, Allah berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar, Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu?, Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan”. [al-Qadr, 1-3]

 

 

Di hari-hari akhir ni, ramai yang meningkatkan amalan & confirm awak pun tak terkecuali. Ada yang perbanyakkan sedekah, ada yang banyakkan solat sunat, ada yang banyakkan bacaan al-Quran.

 

 

Bila cerita pasal al-Quran ni, teringat anak-anak di Afrika yang sebahagian besarnya tidak memiliki mushaf al-Quran. Jadi macam mana mereka baca & hafaz al-Quran?

 

 

Mereka tulis diatas kayu macam ni:

 

 

Bila mereka dah hafaz apa yang mereka tulis dan disahkan oleh guru mereka, barulah boleh padam & kemudian sambung tulis ayat seterusnya.

 

 

Tapi anak-anak ini tidak pernah putus asa. Kalau awak jumpa mereka, pasti kagum dengan semangat mereka. Dalam keadaan serba kekurangan pun mereka mampu untuk menghafaz al-Quran dengan baik.

 

 

Untuk membantu mereka belajar & menghafaz dengan lebih baik, kita telah sama-sama membantu mengedarkan al-Quran kepada mereka secara konsisten. Setiap bulan, 3000 mushaf al-Quran diedarkan buat mereka.

 

 

Ada satu hari, waktu sukarelawan kami sedang agihkan mushaf al-Quran di sebuah perkampungan muslim, mereka dikerumuni ratusan anak-anak di kampung itu. Masing-masing nak dapatkan mushaf al-Quran.

 

 

Sukarelawan kami pun tanyalah pada seorang adik lelaki ni,

 

 

“Kenapa korang sanggup datang berebut-rebut untuk dapatkan al-Quran ni?”

 

 

Awak tahu apa jawapan adik tu?

 

 

“Aku nak hafalkannya, supaya aku boleh masuk syurga Allah.”

 

 

Terus kami speechless dengan jawapan dia. Umurnya muda, tubuhnya kecil tetapi cita-citanya besar, sangat besar.

 

 

Awak nak tak tolong adik-adik kita ni untuk capai cita-cita mereka menghafaz al-Quran?

 

 

Jom sama-sama wakafkan al-Quran untuk kegunaan mereka. Selain nama kita sendiri, awak juga boleh wakafkan al-Quran ni atas nama ibu, ayah & pasangan sendiri.

 

 

Awak boleh klik link ni dibawah untuk berwakaf

 

 

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Mudah-mudahan Allah temukan kita semua dengan malam lailatulqadar tahun ini.

 

 

p/s: Ini link video sukarelawan kami tanyakan kepada adik di Afrika tu kalau awak nak tonton: https://kliksini.my/gItSb

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Waqf Al-Quran of Africa Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)