Shah Alam, 18 Mac – Sebagai salah satu strategi hebahan makluman Special Iftar For Ummah (SIFU) 2022, MyFundAction menyantuni penunggang “P-hailing” sekitar Kota Kemuning pada jam 11.00 pagi tadi.
Ketua Projek SIFU MyFundAction, Siti Najeeha Zaini (29) berkata, “tujuan kita buat edaran pek SIFU ni tidak lain tidak bukan adalah untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat selain sebagai pendedahan kepada mereka tentang aktiviti yang akan kita jalankan pada bulan Ramadhan nanti.”
SIFU adalah aktiviti pemberian makanan kepada golongan gelandangan, anak yatim, asnaf, golongan berpendapatan rendah, juga petugas barisan hadapan termasuklah pemandu atau penunggang p-hailing.
Qayyum, salah seorang penunggan p-hailing yang ditemu bual berkata, “saya tak pernah lagi dapat order yang masuk dengan sidenote makanan tu untuk saya, tapi kawan-kawan riders yang lain banyak je cerita dorang dapat macam tu.”
“Kalau kejadian macam tu berlaku pada saya, saya amat bersyukurlah dan terharu. Saya pasti akan doakan orang yang bersedekah tu di murahkan rezeki.”, jelasnya lagi.
Manakala Ameer yang telah 4 tahun berkecimpung sebagai penunggang “p-hailing” juga menyatakan rasa gembiranya apabila sudah beberapa kali mendapat order customer yang berkongsi rezeki dengan mereka.
“Saya percaya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, saya nak sedekah pada orang lain banyak mungkin tak mampu, tapi saya sentiasa bawa makanan haiwan bagi anjing atau kucing makan, mungkin tu je tapi alhamdulillah rezeki saya juga dimurahkan”, kongsinya lagi.
Projek Pre-Ramadan atau Pre-SIFU MyFundAction ini telah mula dijalankan sejak 22 Febuari 2022 dan dijangka selesai pada 1 April 2022 nanti sebelum Projek SIFU yang sebenar yang akan dijalankan sepanjang Ramadhan 2022 dengan taglinenya “Jalinan Kasih Ramadan”.