IDLIB – Sejak 2014, PBB hanya dapat membawa bantuan kemanusiaan dari Turki ke Syria barat laut termasuk wilayah Idlib dan sekitarnya tanpa kebenaran Presiden Bashar al-Assad kerana Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2585.

Pada 2021, PBB ada membuat persetujuan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2585 yang membenarkan bantuan kemanusiaan menyeberangi sempadan Bab al-Hawa selama satu tahun yang akan tamat pada 10 Julai 2021.

Selepas tarikh itu, Majlis Keselamatan PBB akan bermesyuarat untuk memutuskan sama ada ingin melanjutkan atau menggantung kemasukan bantuan ke Syria.

Bantuan kemanusiaan
Dua orang kanak-kanak sedang melihat suasana luar melalui lubang koyak pada khemah yang mereka diami

Namun, baru-baru ini, bantuan kemanusiaan ke Syria seperti menghantar makanan, menyediakan tempat tinggal kembali hangat diperkatakan dan menjadi perbalahan antara Rusia dan PBB.

Untuk pengetahuan, isu ini bukanlah isu yang baru kerana selama bertahun-tahun, Rusia telah memberi amaran bahawa mereka mahu menyingkirkan Resolusi 2585.

Yang bermaksud, nyawa kepada lebih empat juta orang di Syria akan tergugat!


Artikel berkaitan:


Ireland dan Norway masih lagi berusaha untuk mencapai tolak ansur dari Rusia untuk terus menghantar bantuan ke Syria.

Namun, undian Majlis Keselamatan PBB (UNSC) nampaknya tidak memihak kepada mereka, mengakibatkan operasi bantuan kemanusiaan terpaksa ditamatkan.

“Jika bantuan kemanusiaan seperti makanan, perubatan dan perlindungan dihentikan, macam mana dengan nyawa rakyat di Syria? Mereka akan mati jika bantuan ini dihentikan,” tegas ketua Bantuan PBB, Martin Griffiths.

bantuan kemanusiaan
Kanak-kanak menerima bantuan kelengkapan musim sejuk daripada MyFundAction

Pada asalnya, Rusia menggunakan kuasa vetonya untuk melanjutkan operasi bantuan ke Syria selama setahun. Namun tiba-tiba, Rusia menukar rancangannya dengan menyingkatkan bantuan selama enam bulan saja.

Ini jelas akan menjejaskan kelangsungan hidup berjuta rakyat Syria yang banyak bergantung kepada bantuan dari luar. Hatta hingga ke hari ini, rakyat Syria masih lagi berjuang untuk hidup!

Rusia melakukan ‘genjatan bantuan’ secara mengejut adalah kerana mereka merungut mengatakan bantuan yang disalurkan tidak disampaikan dengan telus dan berkesan.

bantuan kemanusiaan
Sekumpulan kanak-kanak sedang berdiri di luar ‘rumah’ mereka yang nipis dan lusuh

“Kami tak nampak alasan yang kukuh untuk teruskan bantuan kemanusiaan ke Syria yang dikuasai pemberontak,” kata wakil Duta Besar Rusia untuk PBB.

Rusia juga menuduh Barat dan PBB tidak cukup berupaya untuk mengirimkan bantuan dari Damaskus. Namun, ada pihak yang mengatakan operasi bantuan yang dijalankan adalah sangat baik dan benar-benar telus.

Walaupun terdapat bantuan sementara untuk rakyat Syria tetapi pekerja bantuan dan kumpulan hak asasi manusia telah memberi amaran.

“Jangka masa pendek itu akan meletakkan rakyat Syria menghadapi risiko kelaparan, kehilangan tempat tinggal dan penyakit. Tambah-tambah lagi di musim sejuk.”

bantuan kemanusiaan
Dua orang kanak-kanak Syria membawa pulang bantuan keperluan musim sejuk yang mereka terima daripada MyFundAction

Syria Terus Berdarah…

Rusia meminta untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Syria melalui ‘bantuan rentas sempadan’.  Tetapi pada tahun lepas, hanya 70 trak bantuan yang datang melalui sempadan itu berbanding dengan 800 trak yang sampai dari Bab al-Hawa.

Untuk pengetahuan, rentas sempadan yang ini berbeza dengan sempadan Bab al-Hawa. Rentas sempadan yang dimaksudkan ini adalah dari Damaskus.

“Bantuan dari sana sama sekali bukan alternatif yang bagus,” kata Hiba Zayadin, penyelidik Syria untuk Human Rights Watch (HRW).

“Kerajaan yang prihatin harus melihat cara lain untuk memastikan bantuan yang mencukupi boleh sampai kepada semua rakyat Syria yang memerlukan,” kata rakannya Louis Charbonneau, peguam bela PBB untuk HRW.

Ada #jiwabaik yang sudi bersama kami memberi ‘talian hayat’ kepada Syria? KLIK DI SINI.

bantuan kemanusiaan
Dua orang penduduk di Idlib sedang bergerak menuju menerima bantuan

Similar Posts