KG. IBOI, BALING: Seorang peniaga terpaksa berputih mata apabila kedai runcit dan juga kedai pakaian miliknya yang selama ini menjadi punca beliau mencari rezeki hangus terbakar dalam satu insiden kebakaran pada malam 4 Julai 2022.
Waktu itu, beberapa daerah di Kedah dilanda banjir yang dahsyat dan pada ketika itu juga ditambah pula dengan tragedi yang mereka tak pernah sangka langsung akan terjadi.
Dalam sekelip mata sahaja, peniaga tersebut tinggal sehelai sepinggang. Segalannya berlaku dengan sangat pantas. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga! Belum sempat beliau pulih daripada banjir dahsyat, datang pula ujian kedainya yang terbakar.
Sempat kami bertanya apa punca kejadian. Menurutnya; beliau dan anak buahnya sedang berehat di sebuah kedai runcit miliknya berbekalkan sebatang lilin kerana bekalan elektrik di kawasan tersebut terputus kesan daripada banjir.
Kemudiannya pada ketika itu, cecair lelehan lilin tersebut jatuh ke atas lantai dan terus menyambar minyak petrol berdekatan.
“Tiba-tiba kaki saya rasa panas. Kemudian sekelip mata saja habis kedai saya terbakar. Mujur kami sempat larikan diri.”
Baca artikel: ‘Syurga’ hasil keringat 33 tahun, lesap sekelip mata
Dalam beberapa minit sahaja, semuanya habis dijilat api.
Beliau hanya mampu melihat sahaja punca rezekinya selama ini menjadi ‘abu-abu yang berterbangan’. Peniaga tersebut terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM70 ribu.
“Hanya Tuhan saja tahu apa perasaan saya. 2 ujian datang serentak.” luahnya sayu
Lihat artikel: Banjir Baling; 270 mangsa daripada 17 kampung diselamatkan
“Saya terima takdir saya…”
Kesan daripada banjir pun sudah cukup untuk meruntuhkan hati seseorang, apatah lagi ditambah dengan insiden seperti ini pula yang berlaku.
Menurutnya, beliau sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas sungguhpun tragedi ini sangat menyentak jiwa.
“Semua ini ujian daripada Yang Maha Esa. Bagi saya, duit boleh dicari tetapi nyawa tidak boleh diganti.” katanya lagi.
Harapan beliau supaya ada pihak yang berjiwa baik datang bantu supaya beliau dapat bangkit seperti sedia kala.
Baca juga: Warga Emas Berpaut Pada Pokok Pisang, Nyaris Dihanyut Banjir
Sebagai seorang saudara seIslam kepada mangsa seperti abang peniaga ini, sanggupkah kita lihat keluarga beliau menyambut hari raya Aidiladha dalam keadaan sedemikian?
Kegembiraan untuk menyambut hari raya berubah menjadi duka selepas ditimpa dua musibah berturut-turut.
Mari kita sama-sama bantu keluarga abang peniaga ini bangkit semula daripada musibah banjir Baling yang ditanggung mereka.
InsyaAllah usaha yang kita berikan ini dapat menjadi salah satu pengorbanan kita ke jalan Allah dan akan dikurniakan ganjaran yang berganda oleh Allah S.W.T. Untuk yang ingin turut serta meringankan beban mangsa bencana dan asnaf boleh KLIK DI SINI.
Ikuti perkembangan kami di Instagram kami: MyFundAction