Demonstrasi secara aman ke atas pemerintahan presiden baru Syria, Bashar Al-Assad sedekad yang lepas telah bertukar menjadi perang berskala besar. Perang tersebut mengorbankan ratusan ribu penduduk, kehancuran bandar dan pada masa yang sama telah menarik minat negara-negara lain.

1# Bashar Al-Assad sebagai Presiden Syria

Selepas daripada kemenangan Bashar Al-Assad dalam pilihanraya, beliau telah dilantik menjadi presiden Syria yang terbaru menggantikan bapanya, Hafez Al-Assad. Dari situ bermulalah pemerintahan Bashar Al-Assad ke atas Syria.

Tetapi, pertukaran tampuk pemerintahan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Syria terhadap kerajaan sekarang. Alasan mereka, sebab adanya peningkatan kadar pengangguran, masalah korupsi dan tiada kebebasan berpolitik semasa berada di bawah pemerintahan presiden Bashar Al-Assad.

Oleh itu, muncul golongan pro-demokrasi melakukan demonstrasi untuk membangkang pelantikan Bashar Al-Assad sebagai presiden baru Syria. Kerajaan Syria kemudiannya bertindak menggunakan kekerasan ke atas pembangkang tersebut.

Mengakibatkan rakyat mula mempertahankan diri yang akhirnya menjadi tidak terkawal sehinggakan mencetuskan perang saudara antara rakyat Syria dan kerajaan Syria. Beratus-ratus pemberontak dari kalangan rakyat juga muncul untuk berjuang dalam perang tersebut .

Perang saudara yang berlaku ini telah menarik minat negara luar untuk mula memilih pihak. Dalam masa yang sama memberi dana, mengirim senjata dan tentera. Itu belum termasuk penglibatan organisasi extremis seperti Al-Qaeda dalam perang saudara yang berlaku di Syria. Dan hasilnya, perang ini sudah melangkau lebih sedekad dan kesannya amat dahsyat sekali.

Sebenarnya perang yang berlaku ini bukanlah semata-mata kerana faktor keagamaan sangat. Untuk yang belum tahu, Bashar Al-Assad ini adalah Syiah dan kebanyakkan daripada rakyat Syria ada daripada Sunni.  Semua yang berlaku ini adalah lebih kepada ketidakpuas hatian rakyat kepada kerajaan yang akhirnya membawa kepada peperangan.

2# Ramai rakyat yang menjadi mangsa…

Akibat daripada peperangan ini, majoriti rakyat Syria menjadi mangsa keadaan. Lebih 400,000 rakyat dan pejuang dianggarkan mati dalam peperangan yang berlaku. Tapi ini cuma anggaran saja, bilangan sebenar mungkin adalah lebih banyak.

Daripada bilangan tersebut, 10% adalah daripada kalangan wanitan dan kanak-kanak. Peperangan tersebut meninggalkan kesan kepada fizikal dan juga mental rakyat. Rakyat menjadi trauma dan tertekan kerana dibelenggu kesedihan dan ketakutan.


Lihat artikel berkaitan: 

Menurut maklumat daripada SOHR (The Syrian Observatory For Human Rights), daripada jumlah kematian yang dicatatkan menjelang Jun 2021, 159,774 adalah orang awam. Kematian-kematian tersebut, kebanyakkannya adalah berpunca daripada kerajaan Syria sendiri dan sekutunya.

Seorang kanak-kanak Syria kehilangan kakinya akibat perang saudara di Syria

3# Pihak-pihak yang terlibat

Perang saudara yang berlaku telah menarik minat negara-negara besar lain untuk campur tangan dalam konflik ini. Antara pihak yang terlibat:

  • Rusia – Rusia merupakan salah satu kuasa asing yang memberi sokongan Bashar Al-Assad. Objektif Rusia adalah untuk menjaga kepentingannya di negara Timur Tengah.
  • Amerika Syarikat – AS memberikan sokongannya kepada golongan pemberontak dengan tujuan untuk mengekalkan kuasa ‘Hegemony’ atau penguasaannya ke atas negara di Timur Tengah.
  • China – China juga adalah negara yang menyokong kerajaan Syria supaya negara tersebut boleh melakukan urusan jual beli senjata dengan Bashar Al-Assad.
  • Iran – Iran juga dipercayai membekalkan beratus-ratus ribu tentera dan memberi dana berbillion dolar untuk membantu Bashar Al-Assad.
  • US, UK dan Perancis bersatu memberi sokongan mereka kepada kumpulan pemberontak yang dianggap sebagai ‘sederhana’.
  • Turki merupakan salah satu negara yang memberi sokongan terbesar kepada kumpulan tentera pemberontak dengan tujuan untuk membendung militia Kurdish yang menguasai tentera demokratik Syria.

Sebenarnya, kesemua penglibatan kuasa-kuasa asing di atas Perang Syria ini adalah dengan satu tujuan iaitu untuk mendapatkan kuasa. Daripada sejarah dahulu lagi, sebab nombor satunya ialah ‘kuasa’.

Bukan kerana agama semata-mata. Mungkin juga ada isu-isu dalaman ataupun luaran lain yang membawa kepada terjadinya peperangan saudara ini yang kita tidak tahu.

Tapi yang pastinya, kesan yang berlaku keatas negara itu terutama rakyatnya sendiri bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Ia boleh disifatkan antara hidup dan mati.

Sudah lebih sedekad perang saudara ini terjadi dan nampak seperti tiada penghujungnya. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk membantu rakyat-rakyat Syria yang terkesan? Mungkin kita tak mampu untuk pergi ke sana membantu secara terus tapi kita boleh membantu berikan bantuan kepada mereka menerusi platform-platform yang betul.

Lagipun, musim sejuk makin dekat. Mesti mereka lebih perlukan bantuan daripada kita. Jadi, untuk siapa-siapa yang berjiwa baik ingin turut setia dalam membantu rakyat Syria yang terkesan, anda boleh terus KLIK DISINI

 

 

 

 

Similar Posts