Semua SDG yang dianjurkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
MyFundAction yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) merupakan NGO berdaftar yang sangat aktif dan diterajui menerusi perniagaan dan sokongan sukarela jutaan individu di seluruh dunia sama ada rakan kongsi dalam kerajaan, masyarakat awam, dan sektor swasta. Selain itu, MyFundAction juga diwujudkan untuk memberi fokus kepada Youth Development Growth yang mana berfungsi untuk melaksanakan program kebajikan dan menyantuni golongan yang memerlukan seperti kategori berikut:
1. Berpendapatan rendah
2. Kurang berkemampuan
3. Individu pesakit kronik sama ada kekal atau sementara
Rentetan daripada itu, MyFundAction turut berusaha dalam meningkatkan kualiti hidup penerima manfaat dan bertindak sebagai pemangkin untuk memajukan dan mengubah cara hidup penerima manfaat agar dapat mengembalikan faedah tersebut kepada masyarakat lain yang menerima nasib sama. Sehubungan dengan itu, MyFundAction memberi tumpuan kepada pembangunan belia dalam empat bidang Sustainable Developement Goals (SDG) iaitu:
1. Makanan (Food For Hunger)
2. Pendidikan (Education)
3. Kemiskinan (Poverty)
4. Kesihatan (Health)
SDG berfungsi untuk membina kejayaan Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) dan berusaha untuk menghapuskan semua bentuk masalah masyarakat sebelum menjelang 2030. Sejak 2015 diwujudkan, matlamat am baharunya adalah unik kerana inisiatif ini menyeru saentero dunia tidak kira kaya dan miskin, untuk mengambil tindakan mempromosikan kemakmuran sambil melindungi hak asasi manusia.
Di MyFundAction, SDG akan diukur menggunakan metod ‘Social Return Of Investment’ (SROI).
SROI merupakan metod yang lebih efektif untuk penilaian peratusan impak berdasarkan pencapaian semasa untuk melengkapkan nilai SDG tersebut. Dalam erti kata lain, SDG ini berperanan sebagai garis panduan atau asas untuk memelihara konsistensi dan impak berdasarkan projek yang dijalankan. Setiap projek yang dijalankan melibatkan golongan sasar, akan dipastikan terlebih dahulu puncanya agar bantuan yang diberikan bukan sekadar sampai kepada penerima manfaat secara one-off, tetapi berterusan malah juga akan mengubah hidup dalam jangka mangsa panjang.
DIREKTORI UNJURAN POSITIF MENERUSI IMPAK SDG
Berikut ialah contoh direktori unjuran positif menerusi impak SDG:
Pun begitu, setiap SDG mempunyai perbezaan target dan impak. Oleh itu, sudah tentu ianya mempunyai formulanya yang tersendiri. Tetapi, tidak ada spesifik formula untuk mengukur impak SDG kerana terdapat banyak faktor yang akan di nilai-timbang. Secara kesimpulannya, SDG yang diaplikasikan ini menjadi indikator kepada impak yang ingin dicapai secara efektif menerusi SROI. Setiap program yang dianjurkan mempunyai matlamat yang berfokus agar golongan sasar menerima manfaat secara berterusan.