Ke mana wang anda pergi bersama MyFundAction
Ke mana wang anda pergi bersama MyFundAction

Ketelusan atau transparency bagi setiap syarikat atau organisasi amatlah penting dalam menjalankan amanah pihak berkepentingan syarikat atau stakeholders seperti pelabur, pelanggan, rakan kongsi, dan pekerja.

Apa itu ketelusan?

Ketelusan dalam sesebuah organisasi merupakan asas kepercayaan bersama pihak berkepentingan. Bersikap telus bermaksud bersikap jujur dan terbuka ketika berkomunikasi mengenai perkara yang berkaitan dengan perniagaan termasuklah aliran kewangan.

Ketelusan akan membuat pekerja merasakan nilai kepunyaan bahawa mereka bekerja untuk syarikat dengan standard etika yang lebih tinggi. Menurut Kajian Persatuan Psikologi Amerika Syarikat 2014, 25% pekerja tidak mempercayai majikannya hanya disebabkan ketidaktelusan pihak syarikat terhadap pihak berkepentingan..

Apabila nilai ketelusan diadaptasikan dalam budaya korporat, pihak berkepentingan akan lebih terlibat dan komited terhadap visi syarikat. Ini disebabkan mereka memahami sepenuhnya misi dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi idea, menampilkan kreativiti dan membawa inovasi untuk mencapai objektif yang diinginkan.

Ini secara tidak langsung mampu memberi kepercayaan kepada pihak berkepentingan untuk terus bekerja, menyumbang dan bekerjasama.

Bantuan Kepada Yang Berkelayakan

Pada tahun 2020, daripada 100% jumlah wang diperoleh, Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) memperuntukkan 70% kepada penerima yang berkelayakan di dalam dan luar negara, masing-masing 65% dan 5% sepanjang tahun merangkumi 4 Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) iaitu tiada kemiskinan, sifar kelaparan, pendidikan berkualiti dan kesihatan baik dan kesejahteraan yang diguna pakai oleh semua negara anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 2015.

operasi myfundaction

Daripada 70% tersebut, 50% berjaya dimanfaatkan kepada masyarakat sepanjang tahun. Baki 20% akan dikhaskan untuk projek lestari yang menyumbang kepada objektif utama MyFundAction seperti perusahaan sosial untuk asnaf, bank makanan, klinik, farmasi, tadika dan hospital untuk kegunaan awam.

Kos Pengumpulan Dana

Daripada baki 30% wang diperoleh, 20% dimanfaatkan bagi mengumpulkan lebih banyak dana. Setiap RM100 yang diterima, MyFundAction menggunakan RM20 bagi menanggung kos pengumpulan dana. Ini termasuklah, bayaran pengiklanan serta yuran konsultasi.

Kos ini penting bagi menghasilkan lebih banyak dana dan secara tidak langsung lebih ramai lagi dapat dibantu.

Hanya dengan RM20 tersebut, MyFundAction mampu untuk menghasilkan RM100 yang lain. MyFundAction menyasarkan untuk berada di bawah 10% pada tahun-tahun mendatang bagi kos ini.

Perbelanjaan Operasi

Jumlah peratusan yang berbaki iaitu 10% akan digunakan bagi menjalankan kos operasi MyFundAction yang merangkumi sewa pejabat, gaji pekerja, penglibatan kakitangan, penyegaran, kos perjalanan dan lain-lain.

Kos ini penting bagi memastikan ekosistem dalam pentadbiran bergerak lancar dan seterusnya mampu memberi manfaat kepada masyarakat dengan lebih optimum.
Jumlah kos dan peratusan bagi pengumpulan dana

Analogi Untuk Aliran Perbelanjaan

Aliran wang ini dapat dianalogikan sebagai 100 pohon jagung di sebuah kebun.

70 pohon daripadanya dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan dari sudut makanan.

20 pohon akan melalui proses pendebungaan yang akan menghasilkan 100 lagi pohon yang baru dan mampu melahirkan jagung yang lebih banyak.

Baki 10 pohon, buahnya akan dikhaskan buat petani yang mengusahakan kebun tersebut yang akan menghasilkan tenaga untuk mereka lebih kuat berkebun dan secara tak langsung melicinkan kitaran tanaman pohon jagung di kebun tersebut.

Operasi myfundaction

MyFundAction berharap agar semua pihak memahami aspirasi kami dalam memastikan ketidaktelusan dalam kalangan pihak berkepentingan syarikat dapat dielakkan semaksimum mungkin.

MyFundAction komited dalam memastikan semua pihak jelas dengan aliran kewangan yang dikendalikan oleh pihak kami.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, boleh terus hubungi melalui e-mel rasmi MyFundAction info@myfundaction.org.

Similar Posts