Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengaplikasikan Sustainable Development Goals (SDGs) untuk memastikan kelestarian sesebuah projek itu dapat dicapai malah berimpak tinggi kepada umat sejagat.

Setiap dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada semua projek di bawah klasifikasi sektor SDGs iaitu makanan, kesihatan, kemiskinan dan pendidikan yang  ‘SDG Sifar Kelaparan’, ‘Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik’, ‘Sifar Kemiskinan’ dan ‘Pendidikan Berkualiti’.

Dalam SDG ‘Pendidikan Berkualiti’, MyFundAction telah menjalankan pelbagai projek untuk melestarikan pendidikan seantero dunia khususnya di cawangan antarabangsa MyFundAction seperti Indonesia, New Zealand, Jepun, Mesir dan beberapa negara lagi di benua Afrika. Projek-projek ini diletakkan di bawah empat komponen utama iaitu pembangunan komuniti, pusat al-Quran, pendidikan asnaf dan pembangunan belia.

Pembangunan Komuniti

MyFundAction bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan pendidikan dalam komuniti muslim atau bukan muslim demi mencapai segala aspek merangkumi ekonomi, jasmani dan rohani.

Projek Masjid

Setakat Disember 2021, banyak masjid telah dibina atas sokongan orang ramai yang majoritinya dari Malaysia. Ini termasuklah Masjid Shizouka dan Masjid Yokohama di Jepun, Masjid Seoul di Korea dan Masjid As-Sabeel di Syria selain Masjid Rahmaniah di Tronoh, Perak.

Masjid-masjid ini akan diisi dengan aktiviti-aktiviti khas kepada masyarakat setempat yang akan dikendali oleh sukarelawan MyFundAction yang menetap di penempatan berkenaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah kelas-kelas mengaji secara individu, solat berjemaah dan kelas dakwah kepada muslim baharu selain projek Hikari Box.

Projek MyFundAction Development Centre (MYDC)

Selain projek masjid, MYDC juga merupakan salah satu projek di bawah komponen pembangunan komuniti terutama di cawangan Queenstown, New Zealand. MyDC akan menjadi satu berkumpul para belia beraktiviti daripada sudut rohani dan jasmani kepada rekreasi dan intelek. MYDC akan menjadi satu-satunya kemudahan di Queenstown yang menyediakan platform untuk mendedahkan belia kepada kemahiran komunikasi sosial pelbagai budaya.

Antara fasiliti yang disediakan di MYDC adalah tempat beribadah, perpustakaan mini, ruang diskusi, permainan dalaman, dewan beraktiviti, kafe halal dan sudut pameran Islam.

Pusat Al-Quran

Selain projek pembangunan komuniti, terdapat dua projek yang berjaya dilaksanakan iaitu Annur Quranic Centre (AQC) dan Pusat Mengaji Annur (PMA).

Annur Quranic Centre

AQC ialah sebuah syarikat subsidiari di bawah MyFundAction. Syarikat ini telah ditubuhkan di bawah inisiatif pengasas dan penasihat utama MyFundAction iaitu Dr Hj Mohd Hizul Azri bin Hj Md Noor bagi melahirkan generasi al-Quran yang lebih profesional.

AQC sedang membina Huffaz yang diperibadikan, memberi inspirasi & profesional sebagai cara untuk membuat perubahan kepada dunia ini demi melahirkan generasi Al-Quran yang profesional yang mampu menghafal, memahami, mengamalkan dan menyampaikan ayat-ayat suci al-Quran. Setakat hari ini, AQC sudah mempunyai 4 kohort graduan dan masih ‘murajaah’ dengan kami

Pusat Mengaji Annur

PMA merupakan sebuah inisiatif khas untuk menghidupkan golongan celik quran dalam kalangan asnaf secara percuma di enam cawangan. Masjid-masjid sekitar cawangan yang tidak diimarahkan akan dijadikan pusat aktiviti dengan keizinan pihak autoriti.

Para tenaga pengajar terdiri daripada masyarakat setempat yang boleh mengajar para pelajar dan kelas-kelas mengaji bermula dari kelas Iqra’ sehingga bacaan al-Quran.

Pendidikan Asnaf

Bagi komponen ini, MyFundACtion memfokuskan kepada dua projek iaitu projek bersama Yayasan Teknologi Malaysia (YTM) dan Projek Pembangunan Kampung Asnaf.

Projek YTM

Pemilihan 100 keluarga yang layak telah ditapis oleh MyFundAction bersama rakan kolaborasi, YTM, yang mana keluarga yang terpilih untuk program ini akan menerima bantuan berjumlah RM1000. Ini merupakan inisiatif YTM dalam menyerahkan zakat perniagaan kepada mereka yang memerlukan.

Projek Pembangunan Kampung Asnaf

Dalam projek ini, MyFundAction menyasarkan pembangunan di perkampungan asnaf seluruh Malaysia dari sudut sumber air, elektrik, perniagaan dan pendidikan. Inisiatif ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada para asnaf di perkampungan yang difokuskan dan seterusnya mengekalkan kelestarian pendapatan.

YOSH

Setiap projek yang dijalankan di setiap SDG termasuklah pendidikan majoritinya akan dijalankan oleh YOSH (Youth of Strength and Happiness). YOSH yang terdiri dari pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia akan menjalankan projek-projek yang dijalankan mengikut niche pelajar-pelajar berkenaan.

Selain menjalankan projek-projek di bawah kelolaan MyFundAction, mereka juga akan menjalankan projek mereka sendiri di bawah SDG yang diketengahkan oleh MyFundAction berdasarkan modul pembangunan belia yang digariskan.

Secara dasarnya, MyFundAction amat menitikberatkan pendidikan dalam kalangan masyarakat demi masa depan yang lebih baik. Sesuai dengan slogan MyFundAction, For The Best Future. Dalam tahun 2021, kami telah membelanjakan RM2,259,249.50 untuk pembangunan pendidikan dunia.

MyFundAction berharap agar semua pihak memahami aspirasi kami dalam memastikan ketidaktelusan dalam kalangan pihak berkepentingan syarikat dapat dielakkan semaksimum mungkin. MyFundAction komited dalam memastikan semua pihak jelas dengan aliran kewangan yang dikendalikan oleh pihak kami. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, boleh terus hubungi melalui e-mel rasmi MyFundAction [email protected].

Similar Posts