PUTRAJAYA. 2 Julai – Sebanyak 1,163 ekor lembu dan kambing telah ditumbangkan oleh 400 orang sukarelawan belia dari Pertubuhan Pemimpin Sukarelawan Malaysia (YOSH) dari pelbagai universiti tempatan dan antarabangsa.
Mereka yang telah berkumpul sepanjang Hari Raya Aidiladha dalam program Qurban Care for Ummah (QC4U) anjuran MyFundAction itu ternyata telah memeriahkan aktiviti korban bersama komuniti di lima negara termasuklah Malaysia, Guinea, Somaliland, Ethiopia dan Mesir.