SUMBANGAN: Md Ali (tiga kiri) bersama Nur Faizatul menyampaikan sumbangan pek ‘Rezeki Ummat’ kepada salah seorang pesara bomba pada majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: MyFundAction menyumbangkan 50 pek sumbangan ‘Rezeki Ummat’ kepada pesara serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata  seramai 39 penerima sumbangan Rezeki Ummat yang berjaya dikumpul melalui Biro kebajikan JBPM.

“Pada peringkat awal, kesemua penama pesara bomba yang disenaraikan adalah sebanyak 45 pesara termasuk beberapa balu yang kehilangan tempat bergantung selepas anggota bomba atau pasangan mereka meninggal dunia.

“Penerima selebihnya adalah anggota bomba yang masih berkhidmat dan mengalami musibah termasuklah bencana ataupun diserang penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Rezeki Ummat daripada MyFundAction Kepada Pegawai -Pegawai Bomba di Ibu Pejabat JBPM Sabah, Lintas, di sini.

Turut hadir Timbalan Pengarah JBPM Sabah Farhan Sufyan Borhan dan pengurus MyFundAction Nur Faizatul Akhmar Noor.

Md Ali berkata beberapa kriteria pemilihan dibentuk untuk mengimbangi penerima yang masih berkhidmat dengan jabatan.

“Penerima ini datangnya daripada seluruh sabah bagaimanapun, untuk penerima kali ini JBPM hanya dapat memanggil penerima yang tinggal berdekatan saja berikutan faktor jarak.

“Penerima yang lain akan disampaikan menerusi ketua zon sewaktu karnival Sukan Interzon Bomba 2021 yang akan dijalankan minggu depan,” katanya.

Sementara itu katanya, bagi penerima pesara yang tinggal diluar kawasan ibu negeri sumbangan akan diserahkan melalui Persatuan Bekas Bomba dan Penyelamat Sabah.

Katanya, pihak berharap kerjasama ini tidak la terhenti di sini dan ia akan berterusan dari semasa ke semasa.

“Kita harap program ini dapat diteruskan menerusi biro kebajikan JBPM Negeri Sabah yang diterajui Timbalan Pengarah,” katanya.

 

Similar Posts