Sejuk yang kita cari, hangat yang mereka impi
Musim sejuk Syria. Apa yang kita tahu tentang musim sejuk di sana? Kalau di Malaysia, musim sejuk adalah masa bagi sesetengah orang untuk pergi bercuti.
Jika ditanya destinasi pelancongan manakah yang menjadi pilihan ketika musim sejuk, sudah semestinya ramai yang akan memilih Korea Selatan, Jepun, Eropah dan negara-negara sejuk yang lain.
Sebab apa ramai memilih negara-negara tersebut? alasan yang selalu kita dengar, sebab nak main salji. Betul la kan? tak hairanlah sebab di Malaysia tiada musim sejuk.
Bila dapat bercuti di luar negara lagi-lagi masa musim sejuk memang banyak sangat memori indah. Indah bagi kita saja lah tetapi bagi pelarian Syria?. Bagi mereka, musim sejuk Syria boleh diumpamakan sebagai satu mimpi ngeri.
Dasyatnya musim sejuk Syria ini sampaikan banyak terjadi kes kematian.
Menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), dua bayi perempuan masing-masing berumur 7 hari dan dua bulan mati kesejukan selepas salji tebal dan suhu sejuk melampau melanda beberapa kem pelarian di Syria.
Allahuakbar! disebabkan keadaan mereka yang sangat-sangat daif, mereka terdedah kepada risiko kematian apabila berlakunya keadaan sebegini.
Untuk mendapat kehangatan yang diimpikan, ada pelarian Syria yang terpaksa membakar plastik atau sampah, dan ada juga yang membakar pakaian-pakaian mereka sendiri.
Kita mungkin beranggapan mereka sudah biasa dengan cuaca di sana tapi bukan kita yang melalui semua itu. Dengan keadaan mereka yang serba tak lengkap, mana mungkin mereka dapat menahan kesejukan begitu.
Jadi, setiap hari adalah satu perjuangan untuk terus hidup bagi pelarian-pelarian di Syria sana.
Di sini, anak-anak Syria ada yang berkaki ayam, ada yang mempunyai kasut tetapi sangat teruk keadaannya. Berjalan di tanah yang lecak.
Berpakaian serba nipis dan lusuh. Berbumbungkan khemah yang lusuh dan bocor yang menjadi tempat mereka berlindung daripada panas, hujan, ribut, salji dan cuaca sejuk.
Kalau kita sendiri berada dalam bilik ‘aircond’ dengan suhu 16 darjah celsius saja sudah menggigil kesejukan, mereka di sana terpaksa menahan suhu sejuk serendah -5.
Rasanya kita semua boleh bayangkan betapa peritnya keadaan mereka bertahan dalam cuaca sejuk yang mencengkam tulang itu.
Itulah sedikit daripada realiti sebenar keadaan pelarian di sana ketika datangnya musim sejuk.
Alhamdulillah setiap tahun, pihak kami, MyFundAction akan menjalankan misi kemanusiaan musim sejuk ‘Winter Mission’ di Syria, dan Lubnan.
Supaya dapat menyampaikan bantuan keperluan dan barangan kepada pelarian-pelarian di Syria dan juga Lubnan untuk menghadapi musim sejuk.
Dan insyaAllah, pada tahun ini juga, pihak kami akan menghantar wakil ke negara sana untuk melakukan misi yang sama. Kami berharap kali ini, kami dapat bantu mereka dengan lebih banyak lagi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kami perlukan sokongan dan doa daripada anda semua. Semoga dengan berkat kita membantu saudara-saudara kita di Syria dan juga Lubnan menjadi asbab untuk kita masuk ke syurga Allah SWT.
Teruskan menyokong MyFundAction !
Ikuti perkembangan kami di Instagram: MyFundAction